Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, November 20, 2009

Pembahagian pusaka

Suami :
1)mendapat 1/2 jika si mati tidak mempunyai anak(L/P)atau cucu ke bawah
2)mendapat 1/4 jika si mati mempunyai anak(L/P) atau cucu ke bawah

isteri :
1)mendapat 1/4 jika si mati tidak mempunyai anak (L/P) atau cucu ke bawah
2)mendapat 1/8 jika si mati mempunyai anak(L/P) atau cucu ke bawah

bapa :
1)mendapat 1/6 jika mempunyai anak lelaki atau cucu lelaki dr anak lelaki atau ke bawah
2)mendapat 1/6 da asabah (baki) jika si mati mempunyai anak perempuan atau cucu perempuan dr anak lelaki atau ke bawah
3)mendapat asabah jika si mati tidak mempunyai anak secara muthlak (L/P) atau tidak mempunyai cucu (L/P) dr anak lelaki atau ke bawah

datuk :
1)mendapat 1/6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau cucu lelaki dr anak lelaki atau ke bawah
2)mendapat 1/6 dan asabah (baki) jika si mati mempunyai mempunyai anak perempuan atau cucu perempuan dr ank lelaki atau ke bawah
3)mendapat asabah jika si mati tidak mempunyai anak secara muthlak (L/P) atau cucu (L/P) dr anak lelaki atau ke bawah

ibu :
1)mendapat 1/6 jika si mati mempunyai anak (L/P) atau cucu (L/P) dr anak lelaki ke bawah atau mempunyai adik beradik (L/P)
2)mendapat 1/3 drpd keseluruhan harta pusaka jika si mati tidak mempunyai anak secara muthlak (L/P) atau tidak mempunyai anak saudara (L/P)
3)mendapat 1/3 baki jika si mati mempunyai suami,isteri dan bapa tanpa waris lain. ibu mendapat 1/3 dalam kes al-'umariyyatayn

nenek :
1)mendapat 1/6 jika si mati tidak mempunyai ibu
2)didinding oleh ibu atau bapa (bagi ibu kpd ayah)(*tak dapat)

anak perempuan :
1)mendapat 1/2 jika dia seorang dan si mati tidak mempunyai anak lelaki
2)mendapat 2/3 jika dua orang atau lebih dan si mati tidak mempunyai anak lelaki
3) mendapat asabah bil al-ghayr ketika bersama-sama anak lelaki. anak lelaki mendapat 2kali ganda dr bahagian anak perempuan (nisbah 2:1)

cucu perempuan dr anak lelaki :
1)mendapat 1/2 jika dia seorang dan si mati tidak mempunyai anak (L/P) atau cucu lelaki dr anak lelaki
2)mendapat 2/3 jika 2 atau lebih dan si mati tidak mempunyai anak (L/P) atau cucu lelaki dr anak lelaki
3)mendapat 1/6 jika dia seorang atau lebih ketika bersama-sama dgn anak perempuan bagi melengkapkan bahagian 2/3
4)mendapat asabah bi al-ghayr ketika bersama-sama dgn cucu lelaki dr anak lelaki dgn nisbah 2:1
5)terdinding oleh anak lelaki *tak dapat
6)terdinding oleh dua orang atau lebih anak perempuan kecuali jika terdapat cucu lelaki yang sama-sama menerima asabah bi al-ghayr

adik beradik seibu sebapa :
1)mendapat 1/2 jika dia seorang dan tidak mempunyai adik beradik lelaki seibu sebapa
2)mendapat 2/3 jika 2 atau lebih dan tidak mempunyai adik beradik seibu sebapa
3)mendapat asabah bi al-ghayr katika bersama-sama adik beradik lelaki seibi sebapa dgn nisbah 2:1
4)mendapat asabah ma'a al-ghayr ketika bersama-sama anak perempuan atau cucu perempuan dr anak leleki bersama dgn kedua-duanya
5) didinding atau digugur oleh bapa, anak lelaki atau cucu lelaki dr ank lelaki ke bawah

adik beradik perempuan sebapa :
1)mendapat 1/2 jika dia seorang dan tidak mempunyai adik beradik lelaki sebapa atau adik beradik perempuan seibu sebapa
2)mendapat 2/3 jika 2 atau lebih adik beradik lelaki sebapa atau adik beradik perempuan seibu sebapa
3)mendapat 1/6 ketika bersama-sama dgn seorang adik beradik perempuan seibu sebapa
4)mendapat asabah ma'a al-ghayr ketika bersama dgn anak perempuan /atau/dan cucu perempuan

adik beradik seibu (L/P) :
1)mendapat 1/6 jika seorang
2)mendapat 1/3 jika 2 orang atau lebih
5

Monday, October 26, 2009

Aku Kembali!!!!!

Asslamualaikum,salam kemaafan kpd yg sudi bace blog ni....mungkin ada yg terkejut nengok aku meng'update' blog aku nie..hehehehe.biasa la, aku ni bukan suke sangat nak on9 ni.kalu on9 pn kejap2 je.tu pn kalu ada hal 'penting'.kalu x haram nak on9.seingat aku last aku update blog ni 4bulan lps.tu pn member aku suh aku update.tapi masuk sem5 (sem lps) aku xleh nk on9 ngan laptop ni sbb wireless kuis xdpt.

Sedar xsedar aku dah sem6..sem last.kejap je rasa hidup kat bumi kuis ni.syg plak nk tinggal kuis n kawan2 seperjuang.tp ni la lumrah kehidupan..ade mula pasti ade akhirnye n hidup mesti diteruskan,tul tak???

skang ni blog ni akan aktif.so kpd sahabat2 yg nak tau psl aku bleh la bka blog nie...ok la stakat ni dl.aku tgh lapr nie..dari pagi xmakan.ni pn saje2 rajin nk meng'update' blog.

salam perjuangan :-)

Sunday, February 8, 2009

Wednesday, January 7, 2009

Boikot barangan Amerika,Israel besar-besaran

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Hrkh) - Sebagai tanda bantahan dan kecaman terhadap Israel, Lajnah Dakwah dan Pembela Islam, Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen boikot produk Amerika dan jaringan Israel secara besar-besaran.

Menurut pengerusi lajnah tersebut, Ustaz Riduan Mohd Nor, kempen tersebut akan dilancarkan pada 9 Januari ini di setiap peringkat Dewan Pemuda PAS negeri.

Katanya, sepanjang kempen tersebut, poster serta risalah akan diedarkan sepanjang kempen tersebut bagi mengajak masyarakat khusunya umat Islam bagi memboikot produk jaringan Israel.

Jelas Riduan, antara produk jaringan Israel yang perlu di pulaukan oleh umat masyarakat ialah barangan keluaran Mark and Spencer, Loreal, pasar raya Tesco, restoran makanan segera McDonalds dan KFC dan Nestle.

"Pemuda Pusat menyahut seruan gerakan Islam sedunia untuk memboikot produk-produk ini. Setiap sen yang kita belanjakan, seolah-olah untuk membunuh saudara kita di Palestin. Sepanjang kempen tersebut, kita akan memupuk kesadaran kepada umat Islam akan betapa pentingnya kita memboikot daripada membeli barangan tersebut.

"Boikot ini pernah dilaksanakan pada zaman Rasulullah terhadap orang Yahudi. Sebagai contoh Telaga Ruumah (Bir Ruumah) yang dimiliki oleh Yahudi, telah diboikot oleh umat Islam di Madinah. Begitu juga dengan pasar-pasar Yahudi yang diboikot di Madinah. Ini kerana berlaku penipuan yang dilakukan terhadap orang Islam,"katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily.

Dalam pada itu katanya, Lajnah Dakwah dan Pembela Islam turut mengecam sikap kerajaan Mesir yang telah mengkhianati orang Islam di Palestin sejak sekian lama dan antara punca serangan disebabkan mendapat sokongan daripada Mesir.

Jelas Riduan lagi, berdasarkan pengalamannya yang berada di United Kingdom beberapa hari yang lalu, demonstrasi bantahan dijalankan setiap hari serta kempen boikot produk Israel dan Amerika diadakan secara besar-besaran bagi membela nasib umat di Palestin. - mks._

Tuesday, November 4, 2008

Debat, Pemuda Umno 'lambat matang' - Salahuddin

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menyatakan cadangan calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk mengadakan debat memperkenal calon sebenarnya memperlihatkan pergerakan itu 'lambat matang'.


"Mereka seolah-olah tertinggal 10 tahun ke belakang, baru sekarang nak anjurkan debat sedangkan dalam amalan demokrasi dan pemuda PAS sendiri telah mengadakan wadah debat ini sejak sekian lamanya," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen semalam.

Sambil melahirkan rasa pelik terhadap kelembapan Pemuda Umno membuka ruang perdebatan antara calon itu, beliau melihat senario inilah yang sebenarnya tiada dalam Umno sejak dahulu lagi.

Ujarnya, ruang perdebatan sebenarnya boleh melatih setiap pemimpin muda itu untuk bersedia menjadi pemidato yang hebat selain membuka minda mereka.

Berbanding dengan Pemuda Umno, Pemuda PAS dalam aspek ini jauh lebih terkehadapan dan amalan inilah yang mampu membuka ruang menyatakan pandangan, ujarnya.


Sementara itu bagi Penganalisis Politik, Dr Abu Hassan Hasbullah dalam satu rancangan Hujah di TV9 Isnin lalu menyokong cadangan mengadakan debat antara calon seperti yang dicadang Khairy.

Ujarnya, gelanggang debat ini boleh menjadi ruang kepada ahli untuk menilai calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding.


Namun bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC), Dato' Ruhani Ahmad (Ron) pula melihat debat yang dicadangkan Khairy boleh memecah belahkan Umno.

Beliau mempertikaikan cadangan itu yang baginya tidak sesuai jika debat hanya dianjurkan untuk memperkenalkan calon, sedangkan ahli Umno boleh menilai 'track record' calon sepanjang berkhidmat kepada parti mahupun kerajaan. - mks._

Thursday, September 11, 2008

Sekadar Renungan Bersama

  • Seseorang yang masuk kerja pukul 8.35 pagi sedangkan waktu kerja adalah 8.35 pagi dah dikira lewat datang kerja. Tetapi jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2.00 petang atau 2.30 petang masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuk waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar 1.15-1.30 petang. Bukankah ini salah faham namanya?
  • Kita mengutuk dan mengeji Amerika terutamanya di saat pencerobohan Amerika pada beberapa negara Islam. Tetapi aneh ramai daripada kita tidak boleh meninggalkan rokok yang sebahagiannya dibuat oleh syarikat Amerika. Tidak kurang juga di kalangan kita yang menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yan kaya dengan propaganda, terutamanya filem-filem aksi perang dan perang. Di satu sudut kita jadi penentang dan di satu sudut yang lain kita menyokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang?
  • Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah masyarakat pergi melabur untuk masa depan katanya. Tetapi jika ada pelancaran Tabung Derma (saham Akhirat) untuk membantu pihak-pihak yang memerlukan, untuk mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari rakyat Malaysia. Malah ada yang mengambil masa berbulan-bulan walau mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta?
  • Kita sangat sensitif dan terharu apabila mendengar ada ibu bapa yang mendera fizikal anak-anak dan yang membuang bayi di merata-rata tempat. Tetapi kita jarang berasa sedih dan terharu apabila ramai ibu bapa yang mendera anak-anak, secara maknawinya tidak mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang soleh seperti mengenal Allah, sembahyang, hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan di akhirat nanti. Bukankah perbuantan ini juga boleh diibaratkan buang anak juga iaitu buang anak dalam neraka?mana lebih hina?
  • Kita selalunya akan cepat-cepat mengucap terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan mengenang budinya sampai bila-bila. Tetapi dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhintung banyaknya, setiap detik dan masa, kita jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.
  • Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan keaiban kita. Tetapi tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.
  • Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tidak betul, dia menyeleweng dan sebagainya. Tetapi kita jarang sekali berfikir “aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu” sedangkan sikap-sikap ini dianjurkan.
  • Kalau ada kosert-konsert atau pesta maka bepusu-pusu untuk memeriahkannya. Tetapi jika ada kuliah-kuliah agama dan ilmu kita sering menjauhkan dan menyibukkan diri dengan hal duniawi.

Monday, September 1, 2008

Biar AUKU dipinda, siswa tetap terjajah

Pengumuman Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa pemimpin parti politik, termasuk pembangkang boleh memberi ceramah kepada mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selepas pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disambut dengan hati berbelah-bagi dan berhati-hati oleh mahasiswa.

Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) memuji langkah berani kabinet membudayakan suasana keintelektualan di universiti melalui pindaan akta tersebut.

Mahasiswa sudah lama kekeringan idea daripada kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang. Mahasiswa hanya memperolehi penerangan sesuatu isu melalui internet atau secara sembunyi-sembunyi menghadiri penerangan pembangkang.

Langkah kerajaan ini akan memberikan satu suasana demokrasi kepada para mahasiswa yang diibaratkan sebagai jantung pemikiran bangsa Malaysia akan datang.

GMUKM juga melihat pindaan AUKU sebagai satu manifestasi keterbukaan dasar perdana menteri dan juga mengelakkan mahasiswa daripada mendengar pandangan sebelah pihak sahaja.

Juga, dengan adanya kebebasan media, ia akan membentuk mahasiswa sebagai golongan tidak berkepentingan atau kumpulan bebas dan bukannya menjadi jurucakap kepada parti politik tertentu.

Segala isu terkini dan semasa akan dihadam dan dikaji oleh mahasiswa tanpa halangan atau ketakutan untuk membicarakannya.

Oleh yang demikian, mahasiswa perlu menggunakan ruang kebebasan yang diberikan oleh kerajaan hari ini dengan bijaksana dan profesional. Janganlah hanya pemimpin kerajaan sahaja dijemput ke program di kampus sedangkan pemimpin pembangkang dipinggirkan - dan sewajarnya begitulah juga sebaliknya, jangan hanya pemimpin pembangkang diundang.

GMUKM melihat pindaan akta itu dibuat bagi memberi mahasiswa dan universiti persekitaran lebih kondusif serta menyiapkan diri mahasiswa untuk memimpin negara kelak.

Benarlah bahawa jiwa muda mahasiswa akan memberontak sekiranya mahasiswa ditekan dan dihalang hak asasinya oleh mana-mana pemerintah seperti yang berlaku di Indonesia.

Justeru, pindaan ini boleh memberikan nafas baru kepada semua IPTA dalam merealisasikan matlamat menaikkan pemeringkatan universiti masing-masing di mata dunia.

Di samping itu, pengumuman menteri berkenaan bahawa melalui pindaan itu, mahasiswa yang melakukan kesalahan mengikut AUKU tidak lagi akan dihadapkan ke mahkamah dan akan hanya dihadapkan di tribunal universiti.

Jika dahulu kesalahan mengikut AUKU boleh diambil tindakan mahkamah tetapi dengan pindaan ini semua penguatkuasaan kesalahan mahasiswa akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada universiti, kata Mohamed Khaled.

Tetapi, mahasiswa sebenarnya tertakluk juga pada undang-undang negara. Jika mahasiswa didapati melakukan rasuah dan penyelewengan, maka Akta Pencegahan Rasuah 1997 akan terpakai kepada mereka.

GMUKM juga menyambut baik pindaan AUKU yang membolehkan pelajar yang dikenakan tindakan disiplin, termasuk digantung oleh pihak universiti, mengambil peperiksaan. Jelas bahawa Seksyen 15 (D)(1) akta yang kini akan secara automatik tidak terpakai.

Sebelum pindaan, seseorang mahasiswa yang dituduh atas satu kesalahan akan digantung daripada menjadi mahasiswa sehinggalah keputusan prosiding jenayah itu diselesaikan. Maknanya jika tujuh tahun masih lagi tidak diselesaikan kesnya, maka pelajar tersebut akan terus menganggur dan hilang status kemahasiswaan.

Hal inilah yang berlaku kepada tujuh pelajar yang diseret ke mahkamah selepas membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kira-kira tujuh tahun lalu.

Bagaimanapun pindaan akta masih tidak membenarkan mahasiswa menganggotai atau terbabit dengan mana-mana organisasi atau parti politik. Ia mungkin untuk menjadikan mahasiswa bersifat non-partisan tetapi bagi GMUKM, mahasiswa wajar juga didedahkan dengan organisasi politik.

Maknanya, mahasiswa wajar diberikan hak berpolitik sepenuhnya seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Pindaan itu nanti bagaimanapun menyediakan satu alternatif - mahasiswa dibenarkan menganggotai persatuan atau pertubuhan tidak bertunjangkan politik.

Aktivis mahasiswa sedang ternanti-nantikan perbahasan di Dewan Rakyat bukan ini agar suasana demokrasi - walaupun tidak sepenuhnya - dapat dihirup di IPTA.

GMUKM berkeyakinan penuh bahawa pindaan AUKU ini akan tetap disokong oleh 222 ahli parlimen kita termasuklah Pakatan Rakyat walaupun ada peruntukan AUKU yang masih mendiskriminasi mahasiswa.

Jelas, mahasiswa masih terjajah dengan pindaan AUKU ini dan ia dilakukan secara kosmetik dalam suasana kerajaan BN sudah tidak diterima umum terutamanya oleh mahasiswa.