Tuesday, November 4, 2008

Debat, Pemuda Umno 'lambat matang' - Salahuddin

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menyatakan cadangan calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk mengadakan debat memperkenal calon sebenarnya memperlihatkan pergerakan itu 'lambat matang'.


"Mereka seolah-olah tertinggal 10 tahun ke belakang, baru sekarang nak anjurkan debat sedangkan dalam amalan demokrasi dan pemuda PAS sendiri telah mengadakan wadah debat ini sejak sekian lamanya," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen semalam.

Sambil melahirkan rasa pelik terhadap kelembapan Pemuda Umno membuka ruang perdebatan antara calon itu, beliau melihat senario inilah yang sebenarnya tiada dalam Umno sejak dahulu lagi.

Ujarnya, ruang perdebatan sebenarnya boleh melatih setiap pemimpin muda itu untuk bersedia menjadi pemidato yang hebat selain membuka minda mereka.

Berbanding dengan Pemuda Umno, Pemuda PAS dalam aspek ini jauh lebih terkehadapan dan amalan inilah yang mampu membuka ruang menyatakan pandangan, ujarnya.


Sementara itu bagi Penganalisis Politik, Dr Abu Hassan Hasbullah dalam satu rancangan Hujah di TV9 Isnin lalu menyokong cadangan mengadakan debat antara calon seperti yang dicadang Khairy.

Ujarnya, gelanggang debat ini boleh menjadi ruang kepada ahli untuk menilai calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding.


Namun bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC), Dato' Ruhani Ahmad (Ron) pula melihat debat yang dicadangkan Khairy boleh memecah belahkan Umno.

Beliau mempertikaikan cadangan itu yang baginya tidak sesuai jika debat hanya dianjurkan untuk memperkenalkan calon, sedangkan ahli Umno boleh menilai 'track record' calon sepanjang berkhidmat kepada parti mahupun kerajaan. - mks._

Thursday, September 11, 2008

Sekadar Renungan Bersama

  • Seseorang yang masuk kerja pukul 8.35 pagi sedangkan waktu kerja adalah 8.35 pagi dah dikira lewat datang kerja. Tetapi jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2.00 petang atau 2.30 petang masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuk waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar 1.15-1.30 petang. Bukankah ini salah faham namanya?
  • Kita mengutuk dan mengeji Amerika terutamanya di saat pencerobohan Amerika pada beberapa negara Islam. Tetapi aneh ramai daripada kita tidak boleh meninggalkan rokok yang sebahagiannya dibuat oleh syarikat Amerika. Tidak kurang juga di kalangan kita yang menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yan kaya dengan propaganda, terutamanya filem-filem aksi perang dan perang. Di satu sudut kita jadi penentang dan di satu sudut yang lain kita menyokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang?
  • Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah masyarakat pergi melabur untuk masa depan katanya. Tetapi jika ada pelancaran Tabung Derma (saham Akhirat) untuk membantu pihak-pihak yang memerlukan, untuk mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari rakyat Malaysia. Malah ada yang mengambil masa berbulan-bulan walau mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta?
  • Kita sangat sensitif dan terharu apabila mendengar ada ibu bapa yang mendera fizikal anak-anak dan yang membuang bayi di merata-rata tempat. Tetapi kita jarang berasa sedih dan terharu apabila ramai ibu bapa yang mendera anak-anak, secara maknawinya tidak mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang soleh seperti mengenal Allah, sembahyang, hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan di akhirat nanti. Bukankah perbuantan ini juga boleh diibaratkan buang anak juga iaitu buang anak dalam neraka?mana lebih hina?
  • Kita selalunya akan cepat-cepat mengucap terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan mengenang budinya sampai bila-bila. Tetapi dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhintung banyaknya, setiap detik dan masa, kita jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.
  • Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan keaiban kita. Tetapi tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.
  • Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tidak betul, dia menyeleweng dan sebagainya. Tetapi kita jarang sekali berfikir “aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu” sedangkan sikap-sikap ini dianjurkan.
  • Kalau ada kosert-konsert atau pesta maka bepusu-pusu untuk memeriahkannya. Tetapi jika ada kuliah-kuliah agama dan ilmu kita sering menjauhkan dan menyibukkan diri dengan hal duniawi.

Monday, September 1, 2008

Biar AUKU dipinda, siswa tetap terjajah

Pengumuman Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa pemimpin parti politik, termasuk pembangkang boleh memberi ceramah kepada mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selepas pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disambut dengan hati berbelah-bagi dan berhati-hati oleh mahasiswa.

Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) memuji langkah berani kabinet membudayakan suasana keintelektualan di universiti melalui pindaan akta tersebut.

Mahasiswa sudah lama kekeringan idea daripada kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang. Mahasiswa hanya memperolehi penerangan sesuatu isu melalui internet atau secara sembunyi-sembunyi menghadiri penerangan pembangkang.

Langkah kerajaan ini akan memberikan satu suasana demokrasi kepada para mahasiswa yang diibaratkan sebagai jantung pemikiran bangsa Malaysia akan datang.

GMUKM juga melihat pindaan AUKU sebagai satu manifestasi keterbukaan dasar perdana menteri dan juga mengelakkan mahasiswa daripada mendengar pandangan sebelah pihak sahaja.

Juga, dengan adanya kebebasan media, ia akan membentuk mahasiswa sebagai golongan tidak berkepentingan atau kumpulan bebas dan bukannya menjadi jurucakap kepada parti politik tertentu.

Segala isu terkini dan semasa akan dihadam dan dikaji oleh mahasiswa tanpa halangan atau ketakutan untuk membicarakannya.

Oleh yang demikian, mahasiswa perlu menggunakan ruang kebebasan yang diberikan oleh kerajaan hari ini dengan bijaksana dan profesional. Janganlah hanya pemimpin kerajaan sahaja dijemput ke program di kampus sedangkan pemimpin pembangkang dipinggirkan - dan sewajarnya begitulah juga sebaliknya, jangan hanya pemimpin pembangkang diundang.

GMUKM melihat pindaan akta itu dibuat bagi memberi mahasiswa dan universiti persekitaran lebih kondusif serta menyiapkan diri mahasiswa untuk memimpin negara kelak.

Benarlah bahawa jiwa muda mahasiswa akan memberontak sekiranya mahasiswa ditekan dan dihalang hak asasinya oleh mana-mana pemerintah seperti yang berlaku di Indonesia.

Justeru, pindaan ini boleh memberikan nafas baru kepada semua IPTA dalam merealisasikan matlamat menaikkan pemeringkatan universiti masing-masing di mata dunia.

Di samping itu, pengumuman menteri berkenaan bahawa melalui pindaan itu, mahasiswa yang melakukan kesalahan mengikut AUKU tidak lagi akan dihadapkan ke mahkamah dan akan hanya dihadapkan di tribunal universiti.

Jika dahulu kesalahan mengikut AUKU boleh diambil tindakan mahkamah tetapi dengan pindaan ini semua penguatkuasaan kesalahan mahasiswa akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada universiti, kata Mohamed Khaled.

Tetapi, mahasiswa sebenarnya tertakluk juga pada undang-undang negara. Jika mahasiswa didapati melakukan rasuah dan penyelewengan, maka Akta Pencegahan Rasuah 1997 akan terpakai kepada mereka.

GMUKM juga menyambut baik pindaan AUKU yang membolehkan pelajar yang dikenakan tindakan disiplin, termasuk digantung oleh pihak universiti, mengambil peperiksaan. Jelas bahawa Seksyen 15 (D)(1) akta yang kini akan secara automatik tidak terpakai.

Sebelum pindaan, seseorang mahasiswa yang dituduh atas satu kesalahan akan digantung daripada menjadi mahasiswa sehinggalah keputusan prosiding jenayah itu diselesaikan. Maknanya jika tujuh tahun masih lagi tidak diselesaikan kesnya, maka pelajar tersebut akan terus menganggur dan hilang status kemahasiswaan.

Hal inilah yang berlaku kepada tujuh pelajar yang diseret ke mahkamah selepas membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kira-kira tujuh tahun lalu.

Bagaimanapun pindaan akta masih tidak membenarkan mahasiswa menganggotai atau terbabit dengan mana-mana organisasi atau parti politik. Ia mungkin untuk menjadikan mahasiswa bersifat non-partisan tetapi bagi GMUKM, mahasiswa wajar juga didedahkan dengan organisasi politik.

Maknanya, mahasiswa wajar diberikan hak berpolitik sepenuhnya seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Pindaan itu nanti bagaimanapun menyediakan satu alternatif - mahasiswa dibenarkan menganggotai persatuan atau pertubuhan tidak bertunjangkan politik.

Aktivis mahasiswa sedang ternanti-nantikan perbahasan di Dewan Rakyat bukan ini agar suasana demokrasi - walaupun tidak sepenuhnya - dapat dihirup di IPTA.

GMUKM berkeyakinan penuh bahawa pindaan AUKU ini akan tetap disokong oleh 222 ahli parlimen kita termasuklah Pakatan Rakyat walaupun ada peruntukan AUKU yang masih mendiskriminasi mahasiswa.

Jelas, mahasiswa masih terjajah dengan pindaan AUKU ini dan ia dilakukan secara kosmetik dalam suasana kerajaan BN sudah tidak diterima umum terutamanya oleh mahasiswa.

Sunday, August 31, 2008

Imam Saksi Sumpah Saiful Mohon Maaf

Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kehadirannya secara tidak sengaja dalam majlis sumpah Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lepas menimbulkan banyak fitnah.

Katanya, beliau langsung tidak terbabit dengan pengaturan sumpah tersebut, sebaliknya diajak menghadiri suatu majlis yang telah diaturkan pihak tertentu secara tidak dirancang.


Beliau yang dijemput memberikan penerangan sempena Solat Hajat Perdana bersama Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat di Masjid Bandar Perda malam tadi mendedahkan, kehadiran beliau di situ secara kebetulan menikahkan orang bukanya mengatur program jahat tersebut.

"Saya bukan Imam besar di situ saya cuma imam biasa sahaja. Imam besarnya ialah Haji Abdul Malek Saleh. Di televisyen mengatakan saya Iman Besar di situ salah sama sekali kerana kehadiran saya di situ untuk menikahkan pasangan pengantin.

Bila sudah upacara angat nikah tiba-tiba saya diajak ke program sumpah Saiful untuk menjadi saksi mendengar jika sekiranya tersilap perkataan terutamanya kalimah bahasa Arab, " ujarnya di hadapan ribuan jemaah.

Menurutnya, pada pukul 6.05 petang semasa menunggu tiba-tiba Saiful datang dengan beberapa orang dan terus membaca sumpah laknatnya.

Semasa membaca lafaz sumpah itu beliau beberapa kali tersalah lafazkanya termasuk tarikh kejadian.

Beliau juga hairan kenapa tiba-tiba sahaja Saiful bersumpah sedangkan lafaz sumpah sepatutnya diadakah oleh kedua-dua pihak terutamanya orang yang kena tuduh bukan yang menuduh.

"Sepatutnya sebarang program yang bakal di adakan di masjid ini mesti mendapat kebenaran dulu daripada saya atau pegawai masjid yang lain, Bukan boleh buat program sewenang-wenangnya, " katanya.

Jelas beliau lagi, jika difikirkan dengan keadaan umur dan fizikal Anwar mustahil beliau boleh lakukan perbuatan terkutuk itu kerana ia memerlukan kekuatan tambahan kejadian itu berlaku bukan suka sama suka.

Beliau juga memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana hadir dalam program berkenaan dan berharap pengakuannya malam ini mengakhiri tangapan buruk terhadapnya sepertimana yang tersiar dalam media dan internet.

Beliau juga berpendapat bahawa sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saiful Bukhari Azlan merupakan sumpah laknat untuk dirinya sendiri, bukan untuk Anwar Ibrahim.

Solat hajat perdana itu diimamkan oleh Tuan Guru Haji Saleh dari Sik, Kedah manakala hadir memberikan ucapan ringkas ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Mohd HashimYahya, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohd Daud Iraqi, Timbalan Ketua MenteriPulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.

Pesanan Dari Mursyidul Am PAS

Kepada Seluruh Rakyat Malaysia, Khasnya Permatang Pauh

Tuan/Puan,

Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. UMNO/BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya. Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat DSAI adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.

Saudara/Saudari Sekalian,

Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti. Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar. Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T.

Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.

Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.

Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008.

Wassalam.

DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS

Kepada Seluruh Rakyat Malaysia, Khasnya Permatang Pauh

Tuan/Puan,

Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. UMNO/BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya. Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat DSAI adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.

Saudara/Saudari Sekalian,

Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti. Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar. Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T.

Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.

Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.

Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008.

Wassalam.

DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS

Tuesday, August 26, 2008

Kisah akhirat, syurga, Shangri-La dan manusia

Di dalam syurga, ada sebuah taman. Menurut Perjanjian Lama dan Baru, taman itu dinamakan Taman Eden. Dalam bahasa Arab (bahasa al-Qur'an), hal itu mungkin juga Jannatu Adnin. Nama-nama ini semuanya ada kemungkinan.


Tapi, hakikat bahawa syurga wujud tidak boleh dinafikan lagi sebab hal itu disebut dalam al-Qur'an. Saya terfikir hal ini selepas menonton The Mummy yang mengisahkan seorang maharaja China yang dibangkitkan daripada kematiannya.Dalam usaha memulihkan kuasa yang hilang, maharaja mencari sebuah kolam kehidupan abadi. Tak salah saya, kolam itu wujud di Shangri-La. Hal ini mengingatkan saya kepada novel bertajuk Lost Horizon yang diterbitkan pada 1933. Penulisnya, James Hilton. Pengarangnya menuliskan hal ini apabila melawat India , China dan Tibet , iaitu kawasan-kawasan jajahan Empayar British sebelum kejatuhan empayar tersebut.
"� he felt an extraordinary sense of physical and mental settlement. It was perfectly true; he just rather liked being at Shangri-La."


Oleh itu, di dalam filem The Mummy, ketika maharaja cuba memulihkan kuasa, baginda mungkin sekali pergi ke Tibet, sebuah wilayah mistik yang terletak di China. Shangri-La mungkin terletak di wilayah tersebut.Lost Horizon adalah suatu kawasan yang hilang. Ia mungkin wujud, tapi dihilangkan dari pandangan manusia. Shangri-La mungkin terletak pada zon berkenaan. Di Tibet juga, ada sejenis makhluk 'Bigfoot' yang dipanggil Yeti oleh penduduk tempatan.


Dalam filem Mummy juga ditunjukkan Yeti ada bahasa tersendiri. Dalam pengembaraan itu, sekelompok penjelajah telah menemui Yeti di tempat berhampiran Shangri-La. Kalau Yeti ada bahasa sendiri, ertinya dia makhluk berakal. Sebabnya, bahasa adalah alat untuk akal bekerja. Ini bermaksud, Yeti atau Bigfoot di Tibet itu makhluk yang sangat berlainan daripada haiwan-haiwan biasa di dunia ini.Tak dapat dipastikan adakah Shangri-La ini seperti satu binaan yang sama dengan Taman Eden yang disebut dalam Bible itu. Shangri-La adalah sebuah tempat yang amat ind ah. Ia dihiasi pokok-pokok, gunung-ganang dan sungai yang mengalir di lembahnya.


Perhatikan juga bahawa kerap disebutkan Tuhan mengenai syurga adnin yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, jannatu adnin tajri min tahtihal anhaar �


Manusia semuanya berasal daripada Adam
Ada riwayat menyebut nabi-nabi dan rasul-rasul berjumlah ratusan ribu. Ada juga riwayat yang menyebutkan jumlah adalah 313 saja. Secara peribadi angka 313 itu yang saya pilih. Ini kerana, angka itu menyamai jumlah tentera Badar, perang pertama dalam Islam.

Manusia semuanya berasal daripada Ada m tanpa terkecuali. Maknanya jalan kisah agama manusia-manusia akan tetap ada persamaan. Daripada 313 nabi-nabi dan rasul-rasul, kita dapat meneliti watak-watak cerita memang ada persamaan.Nabi-nabi dan rasul-rasul yang kita wajib beriman dengannya hanya 25 oran g saja. Mana hilangnya 288 oran g rasul lagi? Mereka mungkin wujud dalam catatan kitab-kitab agama besar di dunia. Pada setiap bangsa yang sudah ternama, tentulah diletakkan nabi dan rasul untuk memimpin bangsa tersebut.Ada pun bani-bani yang paling banyak menerima nabi- nabi ialah Bani Israel. Apabila ada ramai nabi-nabi dalam Bani Israel, jadi sudah tentu banyak kisah-kisah Bani Israel dalam al-Qur'an yang mengisahkan keengkaran mereka menerima seruan nabi-nabi itu.


Maka, persamaan yang wujud antara agama-agama ini bukanlah peniruan. Tidak bolehlah disebutkan Islam meniru ajaran Nasrani dan Yahudi cuma kerana wujudnya persamaan di antara ketiga-tiga agama tersebut. Hakikat yang berlaku ialah, ketiga-tiga agama itu telah dibawa oleh nabi-nabi yang menerima petunjuk dari sumber yang sama, iaitu Tuhan. Apabila kita merenung dalam-dalam kisah-kisah hikayat dan riwayat bukan Islam, terasa ada persamaan. Misalnya, apakah ada haiwan-haiwan seperti Yeti, Bigfoot, Buraq yang dinaiki Nabi Muhammad s.a.w dalam peristiwa Isra' Mikraj, burung Aba bil yang datang melemparkan batu api dari neraka sebelum kelahiran Nabi Muhammad dan lain-lain. Haiwan-haiwan dari alam-alam lain ini boleh juga kita katakan berada di alam tinggi. Di dalam Hikayat Merong Mahawangsa juga dikisahkan mengenai burung garuda yang telah dihalau keluar dari dunia ini. Mungkinkah, ia dihalau keluar ke alam lain?


Pada setiap zaman, barangkali ada makhluk-makhluk tertentu yang ditentukan oleh Allah tentang giliran mereka masuk ke dunia ini. Aba bil misalnya dibebaskan untuk memasuki ruang dunia untuk seketika sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w.Buraq adalah haiwan yang dibebaskan ke dunia seperti kuda yang jadi tunggangan tatkala Nabi Muhammad mula-mula mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Mekah.


Pada zaman dulu, di Alam Melayu, (atau mungkin pada ketika Melayu belum lagi digelar Melayu), telah wujud nabi-nabi yang tak disebut dalam al-Qur'an di mana haiwan-haiwan seperti duyung, naga telah pun wujud dan kemudiannya terhijab daripada manusia. Buraq ' bern asib baik' sebab kewujudannya terkait dengan Rasulullah s.a.w dan ia tidaklah boleh dikatakan sebagai dongeng. Demikian juga burung Ababil yang membawa bara api ke atas gajah Abrahah. Burung ini bukan dongeng kerana ia disebut dalam al-Qur'an.


Apakah misi Bigfoot?
Pada zaman ini, setelah berlalunya tempoh haiwan-haiwan ajaib pada zaman dulu keluar dengan bebasnya ke alam kita, maka timbul pula cerita Bigfoot dan Yeti. Soalan sekarang ini, dari belahan alam mana pula haiwan itu tiba? Jika ia datang apakah misinya?


Kita sedia maklum tujuan kedatangan pasukan burung Aba bil ialah memusnahkan tentera bergajah Abrahah. Kedatangan Buraq pula adalah bertujuan membawa Nabi Muhammad s.a.w ke langit tertinggi untuk menerima arahan mengenai solat fardhu. Ringkasnya, segala haiwan ini dikeluarkan dan dimasukkan ke alam manusia dengan satu tujuan, tugas dan amanah tertentu. Atau, mereka dimasukkan untuk membinasakan pihak tertentu? Hikayat Merong Mahawangsa contohnya, meriwayatkan ceritera burung garuda yang mahu memisahkan perkahwinan antara Puteri Cina dan Putera Rom.


Haiwan dan tumbuhan akhir zaman
Di dalam sebuah hadis akhir zaman turut disebutkan mengenai kewujudan haiwan melata di bumi yang mana kepanjangan adalah antara Timur dan Barat. Ulama kita menafsirkan banyak tafsiran. Ia mungkin blok-blok negara komunis dan kapitalis atau apa saja.Sebuah hadis akhir zaman turut menyebutkan bahawa Muslimin akan memerangi Yahudi ( Israel ) dan semua batu-batu akan berbicara jika ada oran g Yahudi bersembunyi belakang mereka. Kecuali pokok Gharqad, kerana pohon itu adalah pokok Yahudi.


Nam un, hakikat sebenarnya tiada siapa pun yang mengetahui. Bagaimanapun, kita semua perlu bersedia berdepan segala kemungkinan itu. Tidaklah bersalah untuk kita melakukan tafsiran demi tafsiran ke atas sejumlah nas hadis dan ayat al-Qur'an. Bukankah ayat-ayat itu diturunkan supaya manusia memikirkannya dan menafsirkannya? Sifat-sifat alam mestilah ada tumbuh-tumbuhan, haiwan. Ciri-ciri ini mestilah wujud bagi melengkapkan alam tersebut. Dalam bahasa saintifik, haiwan dan tumbuhan ini dipanggil flora dan fauna. Maka, tentu ada flora dan fauna di dalam syurga dan neraka juga.

Demikian antara hal yang selalu menjadi bahan fikiran saya secara peribadi. Apabila kita memikirkan semua ini, terasa kekerdilan diri dan yang terzahir adalah kebesaranNya.

Pindaan Auku: Boleh 'bersetuju', tapi jangan 'berpuas-hati'

"Himpunan membantah pindaan Auku di Parlimen esok. Mula di Tugu Negara," satu pesanan ringkas melayang dalam peti SMS saya pada 17 Ogos lalu. Tapi, oleh kerana saya ada hal lain, undangan tersebut tidak dapat saya penuhi.


Maka pada 18 Ogos lalu difahamkan kalangan mahasiswa itu telah berada di tempat yang telah dijanjikan untuk mereka melepaskan dendam yang lama bersarang di dada. Sebelum itu elok diulas dan dikupas kenya taan menteri dan pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam menggubal, meminda, menambah dan mengurang fasal-fasal dalam Auku.

Suatu laporan dalam Berita Harian, Menteri Pengajian Tinggi berkata, perdebatan di universiti dibenarkan dan pembangkang boleh masuk ke dalam universiti untuk tujuan itu. Tapi, hendaklah melibatkan isu akademik, bukan menyebarkan faham kepartian.

Khaled berkata begini bukanlah hanya cakap kosong. Dalam banyak-banyak permintaan warga kampus, Seksyen 15 itu yang paling kerap menambat perhatian mereka. Ini kerana, keghairahan berpolitik kepartian itu tidak dapat dibendung lagi oleh mahasiswa itu.

Sekular falsafah dan failasuf
Arakian, secular (tafsiran, terjemahan bebas) bermakna satu usa ha meminggirkan peranan (1) agama; dan (2) agamawan dalam ur usan politik negara.

Di dalam tamadun Yunani, Rom, Greek, tatkala kebangkitan failasuf (ahli falsafah) mula menggegarkan tiang-tiang istana Maharaja Rom, maka peminggiran kaum bijaksana serta cendekiawan mula dilakukan. Failasuf mula disisih dan tersisih dengan sendirinya.

Menurut tafsiran Fansuri ke atas surah Ali Imran, 164 dan al-Jumuah, 2, ketamadunan itu dihidupkan semangatnya oleh nyalaan pencerahan failasuf serta dakwah nabi-nabi.

Syahadan ada dua jenis kelompok manusia yang terlibat dalam pembangunan, pembinaan dan pembentukan tamadun; pergerakan pencerahan failasuf dan per gera kan dakwah nabi-nabi dan hal ini tentulah rumit dibincangkan dalam tulisan ini.

Salah seorang ahli falsafah itu (mungkin Aristotle, Plato dan lain-lain) telah melayangkan suatu saranan lebih kurang berikut: "bahawa sesebuah negara patut dipimpin oleh ahli falsafah atau seorang raja yang mampu berfikir dan mentadbir seperti failasuf."

Jadi jika pengertian secular lazimnya ditafsir secara rawak dan bebas (secara tidak begitu mendalam) bahawa usa ha meminggirkan 'agama' dan 'agamawan' dalam hal politik maka apakah istilah dan ungkapan yang patut kita guna untuk memperihalkan keadaan di mana ajaran falsafah dan failasuf jangan diterapkan dalam urusan politik?

Untuk sementara, kerana 'kehabisan istilah buat masa ini, izinkan saya gunakan ungkapan 'sekular falsafi, failasuf' guna menggambarkan, berputiknya 'khazanah' warisan pemikiran Rom sesat dalam pentadbiran Umno yang terzahir melalui kenyataan fikiran menteri.

Umno anti golongan cerdik yang ikhlas dan jujur
Lihat apa kata Khaled dalam Ut usan Malaysia , pada akhir Julai lalu. Mari diteliti dan membuat ulasan ke atas kenyataan itu:-

Lihat pindaan AUKU dalam skop lebih luas

PASIR GUDANG 27 Julai - Semua pihak perlu melihat pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dalam skop yang lebih luas dan tidak hanya tertumpu kepada Seksyen 15 dalam akta itu sahaja.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, AUKU adalah akta yang memberi peruntukan kepada banyak perkara meliputi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti dan kolej serta aspek lain.

"Bagaimanapun, orang lebih berminat terhadap Seksyen 15 AUKU yang memberi kelonggaran kepada pelajar untuk meneliti dan menilai sesuatu perkara agar mereka dapat membuat keputusan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran Fiesta Futsal Merdeka 2008 Pasir Gudang di sini hari ini.

Seksyen 15 AUKU melarang pelajar menyertai persatuan, pertubuhan dan sebagainya kecuali diperuntukkan dalam perlembagaan atau diluluskan oleh Naib Canselor universiti terbabit.

Maka, di sini jelas pemerintah tak mahu bebaskan 'warga failasuf' dengan Seksyen 15 ini. Jika dipinda sekalipun maka sedarlah kita bahawa Seksyen 15 ini adalah benteng terakhir Umno dalam usa ha mereka mengekang kemaraan warga kampus, kaum failasuf universiti daripada mencampuri urusan politik kepartian.

Pada mereka, guru-guru pondok, ulama' serta agamawan hanya perlu ur uskan pendidikan di pondok dan masjid saja. Manakala warga universiti cendekiawan, ahli falsafah (doktor falsafah), failasuf juga jangan ambil pusing soal politik kepartian.

Beliau mengulas mengenai pindaan AUKU yang memberi lebih kebebasan pelajar dan kuasa autonomi kepada universiti, selepas dibentang di Dewan Rakyat minggu lalu.

Selepas pindaan diluluskan, kesalahan di bawah akta itu bukan lagi perbuatan jenayah malah pelajar juga diberi kelonggaran menganjurkan debat melibatkan pihak luar dari universiti.

Mohamed Khaled berkata, pindaan terhadap seksyen terpaksa dibuat kerana pada waktu ini pelajar sentiasa akan terdedah kepada banyak sumber maklumat semasa menuntut ilmu.

"Kalau kita tidak buat begitu (pinda) pun, mereka memperolehinya daripada Internet, sebab itu kita melakukannya (luluskan pindaan) supaya ia dapat memelihara keadaan.

"Ini penting supaya kita boleh tahu apa tajuk yang diperkatakan dan sejauh mana mereka memahaminya kerana pokoknya, pelajar akan dapat menjana pemikiran mereka dengan lebih meluas," katanya.

Akhirnya, kerajaan terpaksa mengalah dengan teknologi maklumat. Semakin kuat disekat maklumat, semakin kuat naluri untuk mencari dan menyebarkan maklumat. Maka, Umno melalui Khaled telah mencadangkan debat diberikan ruang dalam universiti.

Dalam suatu kenyataan lain, Khaled berkata pihaknya akan memberikan kebenaran, hatta kepada pihak pembangkang untuk berdebat dalam universiti. Dengan syarat, menurutnya, debat oleh pihak parti pembangkang itu mestilah didasari hujah akademik dan bukannya menonjolkan isu-isu politik kepartian mereka.

Cabar UiTM bawa MB Selangor berdebat!
Tetapi, dalam pada itu pun, ada gegaran besar berlaku di Shah Ala m baru-baru ini dengan sebab kenyataan MB Selangor yang meminta kemasukan bukan bumiputera dalam UiTM tersebut. Gegaran itu melampau-lampau sehingga melimpah ke serata negeri.

Pendek kata, di mana ada UiTM, maka di situlah ada gempa bumi secara tiba-tiba. Di sini Khaled Nordin mesti buktikan niatnya sama ada ikhlas atau tidak. Melihat kenya taan lalu, beliau setuju pembangkang dibenarkan berdebat dalam universiti.

Apakah mustahil diajak MB Selangor berdebat dan berdialog untuk menyatakan pendapat beliau dalam isu tersebut? Umno gunakanlah meja rundingan, janganlah dibazirkan masa siswa itu dengan mengupah, membayar dan menaja aksi demo mereka serata negeri.

Kalau debat atau 'talk' tidak dapat dibuat dalam UiTM, maka jelaslah kepada kita bahawa isu ini sengaja dipanaskan media oleh Umno semata-mata untuk kempen Perm atang Pa uh dalam usaha menenggelamkan imej dan populariti Anwar.

Sekali lagi artikel ini mencabar semua pimpinan MPP Aspirasi UiTM, Dato' Seri Ibrahim Abu Shah dan warga UiTM untuk memberi peluang kepada MB Selangor untuk berdebat mengenai tajuk tersebut. Kita mungkin tak suka dengan pendapat seseorang, tapi haknya untuk menyatakan pandangannya, mestilah diberikan. Demikian kata Volta ire.

Tapi, jika anda telah bersetuju diikat dan dirantai intelektual anda untuk kepentingan ahli politik Umno dan BN, maka jadilah 'warga failasuf ' berjiwa hamba. Berpuashati dengan segala pindaan Auku yang ada, dan tidak usahlah bangkit melawan lagi.

Wednesday, August 13, 2008

Tuesday, August 12, 2008

Pendekatan Singapura dalam isu bilateral serupai Israel

Tidak habis-habis nampaknya negara jiran kita di selatan tanah air membuat karenah dan mengkhianati kepercayaan yang negara kita hulurkan.

Setelah berjaya membuat Malaysia berputih mata dalam kes perebutan Pulau Batu Putih secara undang-undang sebelum ini, kini republik itu dikatakan semakin berani memperluaskan kawasan 'takluknya' di Pulau Pisang pula.

Media massa negara sejak beberapa hari lalu kembali hangat memperkatakan karenah dan tindakan mencurigakan negara jiran itu. Timbul laporan mendakwa Singapura menjalankan kerja-kerja pembesaran rumah api Pulau Pisang yang terletak di perairan Pontian, Johor.

Menteri Luar, Dato' Seri Dr Rais Yatim memberitahu, pegawai Malaysia dalam Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura diarahkan menyiasat dakwaan itu.

Menurut rekod, Singapura diberikan hak mengurus rumah api di laluan masuk ke Selat Melaka itu menerusi perjanjian pada 1900 yang dimeterai antara Sultan Johor dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat. Kawasan diperuntukkan bagi pengurusan rumah api itu hanya seluas 0.4 hektar. Ia kini diuruskan Pihak Berkuasa Pelabuhan Singapura.

Apa yang kini menimbulkan curiga ialah apabila pihak republik itu dikatakan membuat pembesaran kepada rumah api tersebut. Tinjauan beberapa pihak ke pulau berkenaan mendapati terdapat satu lapisan pagar baru mengelilingi kawasan rumah api.

Waris kepada pemilik tanah di pulau tersebut malah mendakwa sebahagian kawasan berpagar itu telah dibina di dalam tanah milik mereka. Terdapat kes di mana kawasan ditakluk Singapura itu membabitkan pemusnahan kebun milik rakyat negara ini. Ia dikatakan telah berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Terdapat 15 buah rumah di Pulau Pisang dan kebun buah-buahan yang dimiliki oleh 87 penduduk tempatan, selain kawasan Perkuburan Orang Islam berusia lebih 200 tahun serta tapak surau lama.

Kedaulatan negara kita bagaikan dicabar apabila jeti yang digunakan pihak berkuasa Singapura untuk ke rumah api tersebut ditandakan sebagai jeti persendirian. Bahkan terdapat papan tanda dilarang masuk oleh pihak berkuasa Singapura. Apakah kawasan itu juga telah menjadi jajahan takluk republik itu?

Bukan hendak berburuk sangka dengan negara jiran kita itu. Bagaimanapun, mengambilkira tuntutan khianat republik berkenaan dalam kes Pulau Batu Putih sebelum ini, ada munasabahnya jika kerajaan kita lebih mencurigai tindakan Singapura itu.

Sebetulnya, pendekatan diambil Singapura dalam beberapa isu bilateral dengan negara kita sebelum ini sangat meyerupai sikap dan tindakan kaum Yahudi ke arah membentuk negara haram Israel dulu.

Yahudi menakluki tanah milik penduduk Arab Palestin dulu secara seinci demi seinci. Ia bermula dengan tindakan membeli tanah milik orang-orang Arab dengan tawaran harga yang tinggi. Ramai penduduk Arab seakan berlumba-lumba menjual tanah apabila tersilau dengan wang ringgit dan janji pembangunan di kawasan mereka.

Mufti Palestin ketika itu, Sheikh Aminul Hussaini dikatakan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan penduduk Palestin menjual tanah mereka kepada Yahudi. Ulama itu telah dapat mengesan niat jahat dan perancangan jangka panjang bangsa laknat itu sebenarnya untuk menguasai bumi Palestin.

Fatwa dan pendirian ulama itu bagaimana pun tidak dihiraukan penduduk Palestin. Mereka merasakan inilah masanya mendapat kekayaan dan membantu membuka peluang pembangunan ke tempat mereka. Mereka berkira-kira, apabila pembangunan pesat dibangunkan di negeri mereka nanti, mereka juga yang akan tumpang senang untuk mencari kerja, menambah rezeki dan seumpamanya.

Akhirnya, apa yang dibimbangi Sheikh Hussaini itu benar-benar terjadi. Apabila sudah terdapat sebahagian bumi Palestin menjadi hak milik mutlak bangsa Yahudi, ia memudahkan mereka melaksanakan perancangan jahat menakluki bumi negara itu yang selebihnya secara kekerasan.

Usaha mempertahankan bumi Palestin dari serangan Yahudi Zionis semakin sulit kerana kaum itu sudah ada puak mereka sebagai warga di bumi Palestin sendiri.

Apakah keterlaluan jika diandaikan bahawa kebodohan penduduk Arab Palestin dahulu itu seakan terjelma kini di selatan tanahair kita? Bukankah sudah banyak hartanah di negeri Johor menjadi milik rakyat Singapura kini?

Apa yang lebih mendukacitakan, usaha menjual bumi Malaysia kepada warga negara jiran itu bukan setakat dilakukan individu rakyat, malah dipromosi oleh kerajaan sendiri, terutama menerusi Wilayah Pembangunan Iskandar atau kini dikenali Iskandar Malaysia.

Projek pembangunan itu telah dipertikaikan banyak pihak akan kewajarannya. Selain dibimbangi akan dimonopoli syarikat-syarikat asing, hartanah kawasan berkenaan juga dikatakan cenderung dimiliki warga Singapura.

Akuilah bahawa selama ini kita terlalu baik dan berlembut dengan jiran kita itu. Mereka tak ada air, kita bekalkan. Bukan sahaja mereka boleh mengepam semahu mereka, malah harga kita jual kepada mereka jauh lebih murah berbanding harga kita kenakan kepada rakyat kita sendiri. Itulah 'cerdiknya' para pemimpin kita!

Mereka nak guna ruang udara untuk menguji penerbangan pesawat pejuang, kita tidak kisah. Kalau pun ada terdengar suara bantahan tentang gangguan ruang udara kita, ia hanya bersifat 'melepas batuk di tangga'.

Sebagai rakyat yang bermaruah, kita tidak bersedia melihat kehilangan lebih banyak kedaulatan ke atas mana-mana bahagian negara kita selepas ini.

Bukan hanya di Pulau Pisang, bahkan kawasan daratan yang nampaknya semakin rancak bertukar milik kepada warga Singapura kebelakangan ini.

Nasib malang menimpa Palestin akibat perancangan jahat Israel wajar dijadikan pengajaran.

Raja Nazrin perkenan Nik Aziz, Hadi sampaikan khutbah Jumaat ini

KUALA LUMPUR, 13 Ogos - Selain kesudian menerima mengadap pimpinan PAS di Istana Iskandariah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah sekali lagi memperkenankan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menyampaikan Khutbah Jumaat di Ipoh 15 Ogos ini.

Perkenan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Raja Nazrin ketika Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadap tuanku pagi tadi dan telah disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Anuar Hasim ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Difahamkan setakat ini Masjid Negeri di Bandaraya Ipoh merupakan masjid yang dipilih untuk kedua-dua tokoh pemimpin PAS yang tidak asing lagi untuk menyampaikan khutbah.

"Kemungkinan salah seorang menjadi imam manakala seorang lagi membaca khutbah atau kedua-dua membaca khutbah di dua masjid berbeza, kita akan maklumkan kepada umum nanti.

"Saya akan memaklumkan kepada media dari masa ke semasa, lokasi masjid kedua-dua pemimpin PAS yang akan menyampaikan khutbah Jumaat ini," kata Anuar dan yakin akan menarik perhatian orang ramai khususnya penduduk Perak untuk hadir ke masjid terbabit untuk mendengar khutbah tersebut.

Dalam pada itu, Raja Nazrin Shah juga memperkenankan menerima mengadap pimpinan PAS pada 14 Ogos sehari sebelum berlangsung Muktamar PAS ke-54.

Perkara itu telah disahkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dan menyatakan pertemuan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar itu akan membabitkan 10 pemimpin tertinggi PAS yang akan diketuai sendiri oleh Usatz Hadi sendiri.

Friday, August 8, 2008

Ramadhan

"Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."

Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:

"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith

Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan memang mengamalkan berpuasa sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak
ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat yang dilakukannya adalah pada sehari atau dua hari sebelum kedatangan Ramadhan. Malahan, hal seperti ini dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika seseorang itu telah biasa berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada hari Selasa, maka individu itu dibolehkan meneruskan puasa sunatnya sebagaimana lazimnya.

Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa sunat sedangkan itu bukanlah kebiasaan amalannya, maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia dikatakan sebagai mendahului ibadat puasa Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang berpendapat puasa seperti ini sebagai satu penghormatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tetapi Rasulullah SAW sendiri menidakkan dalil yang sebegini dan menegah sama sekali amalannya.

Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi, namun pendapat-pendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya.

Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa.

"Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan

Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut.

Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu:

Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang berkeinginan untuk berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada awal bulan Ramadhan sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang ingin berpuasa pada bulan tersebut, wajib menyatakan niatnya untuk berpuasa selama satu bulan Ramadhan.

Kedua-dua pengertian ini boleh diterima pakai, namun bagi mendidik anak-anak kecil berlatih berpuasa, lebih wajar jika kaedah yang pertama ini diterapkan kepada mereka. Manakala kaedah yang kedua pula lebih mudah dan meringankan Seseorang yang akan mengerjakan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, memadai jika menyatakan niat puasanya sekali pada malam pertama Ramadhan. Jika niatnya dinyatakan setiap malam, maka hal ini dikategorikan sebagai sunat dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183

Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.

Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;

1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.

Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan. Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa:

"Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu."

Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.

Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.

Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:

"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar."

Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini. Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan.

Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan
dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan.


Selamat Berpuasa dan wassalam.

Majlis Peguam Harus Hentikan Kebiadaban Terhadap Islam

Oleh: YB. Zulkifli Noordin
Saya melihat akhir-akhir pihak-pihak bukan Islam bertambah biadap didalam tindak-tanduk mereka dalam hal berkaitan Islam dan bangsa Melayu.

Bermula dengan menggunakan kes murtadnya Azlina Jailani menjadi Lina Joy. Tindakan Gereja Fatimah Brickfield membaptiskan Azlina tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan membuatkan mereka besar kepala.Kemudian muncul Penerbitan Herald menuntut hak menggunakan nama ALLAH, yang tuntutan ini disokong pulak oleh Persatuan Gurdwara (Punjabi) Malaysia.
Ini diikuti oleh tuntutan Sidang Injil Borneo menuntut hak membawa masuk penerbitan Kristian Bahasa Melayu dari Indonesia.Muncul pula Majlis Peguam mengadakan seminar berkaitan Hak Istimewa Melayu.

Kebiadapan mereka khususnya Majlis Peguam makin ketara bila mereka berkeras mahu menganjurkan Seminar Masuk Islam dengan fokus kepada mempertikaikan Artikel 121A yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah.Mahkamah Persekutuan dalam kes Azlina Jailani telah membuat keputusan bahawa persoalan murtad dan convert adalah dibawah bidangkuasa mutlak Mahkamah Syariah.Malahan Mahkamah Persekutuan memperjelaskan bahawa persoalan murtad/convert hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Syariah mengikut undang-undang Islam.Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut dibuat setelah menafsir Artikel 121A dan Artikel 11 Perlembagaan.

Malahan kedua-dua pihak Islam dan bukan Islam diberi peluang sepenuhnya untuk mengemukakan hujah.Tindak-tanduk Majlis Peguam seolah-olah mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan.Sebagai badan Peguam, sepatutnya mereka lebih arif menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan.Mempertikaikan keputusan Mahkamah bererti menghina Mahkamah.Saya melihat tindakan Majlis Peguam memperkudakan kes Shamala dan Subashini sebagai bahan seminar adalah jalan pintu belakang untuk mempertikaikan keputusan Mahkamah.

Lebih serius daripada itu, tindakan mengadakan seminar ini jelas menghina Islam.
Saya menyeru pembentang kertas kerja beragama Islam supaya menarik diri daripada menyertai seminar tersebut.Saya juga nenyeru para peguam Muslim supaya kita segera membuka mata mempertahankan Islam. Mungkin sudah tiba masanya kita peguam Islam berusaha mengambil alih Majlis Peguam.Bulan Oktober ini adalah bulan pemilihan ahli Majlis Peruam. Kita harus mengatur strategi yang jelas. Saya cabar peguam-peguam Islam supaya menyatakan pendirian kita dengan jelas.Saya juga memberi amaran kepada Majlis Peguam khasnya dan golongan bukan Islam umumnya supaya jangan mencabar hak umat Islam. Kesabaran umat Islam ada batasnya.Kamu mungkin melihat umat Islam di Malaysia ini kelihatannya lemah. Mungkin kamu sedang mengambil kesempatan melihat kedudukan umat Islam yang kelihatannya lemah akibat percakaran politik sesama kami.
Tetapi ingatlah disana ada umat Islam yang sedang memerhati gelagat kamu. Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap kamu sekiranya kamu terus-menerus dengan sikap provokatif kamu.

Saya menyeru kepada umat Islam supaya bersatulah kita diatas tali Allah. Ketepikan sentimen politik sempit dan rakus.Pertahankan maruan agama kita. Dan marilah kita buktikan kesatuan ummah kita dengan turun dalam Himpunan Umat di hadapan bangunan Majlis Peguam pada pagi Sabtu 9 Ogos di Lebuh Pasar Besar, KL (sebelah Pasar Seni/Bank Pertanian).
Mari kita adakan perhimpunan aman dihadapan Majlis Peguam sekiranya mereka berkeras mahu meneruskan seminar biadap tersebut.Let us be counted by Allah. Islam is under attack..Islam needs you..buktikan kecintaan kita kepada Islam. Turun ramai-ramai pada masa & tarikh yang disebut diatas. Allah hu akbar.
(Penulis adalah seorang peguam yang juga merupakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah)