Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, November 4, 2008

Debat, Pemuda Umno 'lambat matang' - Salahuddin

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menyatakan cadangan calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk mengadakan debat memperkenal calon sebenarnya memperlihatkan pergerakan itu 'lambat matang'.


"Mereka seolah-olah tertinggal 10 tahun ke belakang, baru sekarang nak anjurkan debat sedangkan dalam amalan demokrasi dan pemuda PAS sendiri telah mengadakan wadah debat ini sejak sekian lamanya," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen semalam.

Sambil melahirkan rasa pelik terhadap kelembapan Pemuda Umno membuka ruang perdebatan antara calon itu, beliau melihat senario inilah yang sebenarnya tiada dalam Umno sejak dahulu lagi.

Ujarnya, ruang perdebatan sebenarnya boleh melatih setiap pemimpin muda itu untuk bersedia menjadi pemidato yang hebat selain membuka minda mereka.

Berbanding dengan Pemuda Umno, Pemuda PAS dalam aspek ini jauh lebih terkehadapan dan amalan inilah yang mampu membuka ruang menyatakan pandangan, ujarnya.


Sementara itu bagi Penganalisis Politik, Dr Abu Hassan Hasbullah dalam satu rancangan Hujah di TV9 Isnin lalu menyokong cadangan mengadakan debat antara calon seperti yang dicadang Khairy.

Ujarnya, gelanggang debat ini boleh menjadi ruang kepada ahli untuk menilai calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding.


Namun bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC), Dato' Ruhani Ahmad (Ron) pula melihat debat yang dicadangkan Khairy boleh memecah belahkan Umno.

Beliau mempertikaikan cadangan itu yang baginya tidak sesuai jika debat hanya dianjurkan untuk memperkenalkan calon, sedangkan ahli Umno boleh menilai 'track record' calon sepanjang berkhidmat kepada parti mahupun kerajaan. - mks._

No comments: